Perdana Menteri Malaysia

16 September 2021 | Aktiviti Terkini

Sempena dengan Hari Malaysia 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah membuat satu perkongsian mengenai Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama sehingga terkini pada 15 September yang lepas. Perkongsian ini telah dilakukan melalui platform Facebook Pusat Internet Komuniti Sibujaya.

Perkongsian ini dilakukan supaya para penonton mengetahui tokoh-tokoh Perdana Menteri Malaysia yang lepas beserta dengan sumbangan yang telah tokoh-tokoh negara ini sumbangkan kepada Malaysia. Antara yang dapat dikongsi ialah tempat kelahiran tokoh-tokoh ini, tarikh lahir, gelaran sepanjang menjadi perdana menteri, sumbangan yang telah dilakukan sepanjang bergelar Perdana Menteri Malaysia dan juga beberapa video pencapaian tokoh-tokoh tersebut.

Oleh itu, diharap perkongsian yang telah dikongsikan ini dapat membantu para penonton untuk mengetahui serba sedikit mengenai Perdana Menteri Malaysia yang lepas mahupun yang terkini dan semoga generasi yang akan datang akan lebih menghargai jasa-jasa yang telah mereka lakukan demi Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali