Taklimat & Pengenalan eKelas Maxis

20 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2021 yang lepas, satu taklimat telah diadakan secara atas talian yang menghubungkan Pengurus dan Penolong Pengurus daripada 36 buah Pusat Internet Komuniti (PIK). Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan para Pengurus dan Penolong Pengurus akan program eKelas yang akan dipromosi di PIK masing-masing.

Taklimat dikendalikan oleh Encik Herman daripada Maxis dan beliau telah membuat perkongsian yang ringkas tetapi menyeluruh mengenai program eKelas. Taklimat juga bertujuan untuk memberi gambaran kepada para Pengurus dan Penolong Pengurus PIK akan matlamat, visi dan kesan positif daripada program eKelas. Program ini akan dipromosi dan dijalankan di kesemua PIK kendalian Maxis untuk membantu para pelajar khususnya pelajar-pelajar daripada kelas tahun peperiksaan.

Taklimat yang dijalankan selama satu jam ini turut diselitkan dengan sesi soal jawab di antara para Pengurus dan Penolong Pengurus PIK dengan Encik Herman. Ini adalah supaya kesemua yang terlibat akan lebih memahami konsep eKelas dan seterusnya akan dapat mempromosi dan menarik para pelajar di Kawasan PIK masing-masing untuk menyertai eKelas. EKelas ini merupakan satu inisiatif untuk membantu para pelajar, cikgu dan ibu bapa di dalam keadaan norma baru pembelajaran setelah negara dilanda wabak Covid-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali