Latihan Asas Suntingan Video Menggunakan Adobe Premier Pro & Penggunaan Green

20 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis dan beberapa pusat internet komuniti sekitar daerah Sibu untuk membuat latihan asas menyunting video.

Tenaga pengajar untuk sesi latihan menyunting video ini adalah Penolong Pengurus PIK Tanjung Manis, Encik Sulaiman. Latihan menyunting video ini merangkumi asas-asas suntingan menggunakan perisian Adobe Premier Pro dan juga kaedah penggunaan tabir hijau atau “green screen”. Sesi Latihan ini juga bertujuan untuk melatih para Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti supaya ilmu yang diperolehi dapat digunakan untuk mengajar komuniti sekitar PIK masing-masing.

Sesi yang berjalan selama hampir satu jam ini adalah menerusi aplikasi Zoom memandangkan pada ketika ini Peritah Kawalah Pergerakan masih berjalan dan arahan untuk bekerja dari rumah telah dikeluarkan bagi menjamin keselamatan para petugas PIK nanmu begitu, ini bukanlah alasan yang menghalang para peserta untuk memperoleh ilmu yang bermanfaat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali