Aktiviti Mewarna Digital - Oncoloring

21 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah mengadakan satu aktiviti secara atas talian pada 20 September yang lepas bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021 bagi memudahkan para penonton untuk turut serta mengikuti aktiviti tersebut. Aktiviti ini dianjurkan melalui kaedah atas talian yang menggunakan aplikasi Oncoloring iaitu satu aplikasi mewarna secara elektronik.

Aktiviti ini bertujuan untuk mengajar para penonton terumatanya para pelajar supaya mereka dapat mempelajari kaedah mewarna secara atas talian di samping mendedahkan mereka dengan teknologi masa kini. Antara yang telah dikongsikan sempena dengan Hari Malaysia oleh petugas pusat internet ialah aktiviti mewarna bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang secara langkah demi langkah termasuklah cara pemilihan warna dan mengaplikasikannya di atas lukisan digital yang telah dipilih. Ini adalah supaya para pelajar mudah untuk mengikuti apa yang ditunjukkan. Turut diajar ialah cara untuk memilih lukisan yang hendak diwarnakan daripada pelbagai pilihan yang boleh didapati dari aplikasi tersebut.

Dengan ini, diharap aplikasi Oncoloring ini dapat memberi pengalaman baru kepada para pelajar supaya semakin mahir dengan teknologi selaras dengan perubahan dan peredaran masa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali