Taklimat Advokasi (Sarawak)

23 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Penolong Pengurus PIK Meradong telah mengambil inisiatif untuk membuat satu taklimat secara atas talian bagi membincangkan mengenai laporan Advokasi. Taklimat yang dibuat ini telah dihadiri oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti di Sarawak.

Taklimat ini diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan dan penerangan mengenai laporan Advokasi yang perlu dibuat secara bulanan oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti. Advokasi merupakan salah satu program yang selalu dilakukan di PIK seluruh Malaysia. Melalui taklimat ini, segala masalah dan persoalan dijawab dan diterangkan oleh pengendali laporan tersebut dengan harapan, segala laporan yang akan dibuat dan dihantar pada masa akan datang adalah dalam keadaan bebas daripada kesalahan.

Di samping isu-isu yang berkaitan, mesyuarat yang diadakan secara atas talian ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara para pekerja PIK yang telah sekian lama tidak membuat program bersama-sama oleh kerana kekangan SOP bagi mengawal penyebaran wabak COVID-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali