Kelas Asas MS Powerpoint Atas Talian

23 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan Kelas Asas MS Powerpoint secara atas talian pada 22 Februari 2021 yang lepas. Kelas diadakan secara atas talian melalui platform Facebook kerana Kawasan PIK RPR Sibujaya telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan disebabkan oleh kes Covid-19 yang semakin mengkat di kawasan Sibujaya.

Kelas yang diadakan selama hampir satu jam ini dikendalikan oleh Pengurus PIK RPR Sibujaya iaitu Encik Adib. Beliau mengajar asas-asas Microsoft Powerpoint yang asas dan amat sesuai untuk penonton yang baru mengenali perisian tersebut. Antara topik yang diajar adalah cara-cara untuk menambah pembentangan, memasukkan gambar dan menghasilkan pergerakan pembentangan yang menarik dan topik-topik ini diajar dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami dan tidak terlalu teknikal bagi memudahkan para penonton memahami apa yang diajar.

Selain daripada asas-asas Microsoft Powerpoint, turut diselitkan adalah perkongsian program Klik dengan Bijak (KDB) dan advokasi. Ini adalah untuk memupuk semangat dan penggunaan internet secara positif di kalangan pengguna internet. Perkongsian ini diselitkan di akhir kelas dan menitik beratkan kempen terbaru daripada MCMC iaitu Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali