Advokasi Check Your Label @ E-Waste

24 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Tempoh PKPB di kawasan Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya tidak menghalang warga kerja PIK RPR Sibujaya untuk membuat perkongsian Klik Dengan Bijak (KDB) dan advokasi. Perkongsian ini dibuat melalui video yang dimuat naik menerusi laman Facebook PIK RPR Sibujaya.

Perkongsian ini dibuat melalui atas talian bagi mengurangkan risiko penyebaran virus Covid-19 di kalangan komuniti Sibujaya dan pihak pusat internet. Perkongsian ini merangkumi dua topik iaitu Check Your Label dan E-Waste. Check Your Label adalah mengenai pentingnya memberi kesedaran kepada orang ramai tentang perlunya menyemak label di dalam peranti komunikasi mereka manakal E-Waste merangkumi kesedaran untuk melupuskan peranti elektronik yang telah tamat tempoh luput ataupun yang telah rosak.

Di harap perkongsian yang dibuat menerusi atas talian ini sedikit sebanyak dapat memberi impak mengenai kesedaran pentingnya dua topik ini di kalangan komuniti khususnya komuniti sekitar Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali