Keselamatan Internet

25 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Komuniti Tanjung Manis, Seduan Rantau Panjang, Taman Sri Wangi, Kg Stungkor Baru, dan Kg Pandan untuk berbicara tentang keselamatan internet.

Seorang wakil dari setiap PIK yang terlibat telah menyampaikan tentang keselamatan internet. Antara agenda yang telah dibincangkan ialah berkenaan dengan buli siber, sexting, pengantunan dalam talian, maklumat palsu, perkongsian secara berlebihan dan juga panggilan palsu. Sesi penyampaian yang telah disampaikan melalui aplikasi Zoom ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para penonton untuk lebih berwaspada dengan segala isu-isu yang berkaitan dengan internet pada masa kini.

Sesi yang berjalan selama hampir satu jam ini adalah menerusi aplikasi Zoom memandangkan pada ketika ini Perintah Kawalah Pergerakan masih berjalan dan arahan untuk bekerja dari rumah telah dikeluarkan bagi menjamin keselamatan para petugas PIK namun begitu, ini bukanlah alasan untuk menghalang petugas PIK untuk menyampaikan ilmu yang bermanfaat kepada komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali