Perkongsian PERKESO - MYFutureJobs

25 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 September 2021, para petugas Pusat Internet Komuniti Sarawak telah menyertai satu sesi taklimat anjuran wakil daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) iaitu Encik Luqman Nur Haqim. Taklimat yang berlangsung melalui aplikasi Webex ini bertujuan untuk mengajar para petugas pusat internet cara-cara yang betul untuk mengisi peluang pekerjaan di samping memberi ilmu kepada para petugas untuk berkongsi dengan komuniti setempat.

Sepanjang perkongsian tersebut berlangsung, Encik Luqman telah berkongsi cara membuat padanan pekerjaan, cara menyimpan padanan kerja yang dikehendaki, senarai jawatan yang telah dipohon dan juga cara untuk mengemaskini profil di dalam laman web tersebut. Ini adalah supaya segala kata kunci yang penting telah diisi dengan betul oleh pemohon di samping memudahkan bakal majikan meneliti profil dan memilih calon yang bersesuaian dengan skop pekerjaan yang dikehendaki.

Oleh itu, perkongsian yang telah disampaikan oleh pihak PERKESO melalui portal tersebut diharap dapat membantu para petugas untuk mengajar komuniti setempat bagi mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan kelayakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali