Advokasi Check Your Label

26 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah membuat satu perkongsian mengenai advokasi berkenaan Check Your Label melalui video yang dimuatnaik pada 25 Oktober 2021 menerusi platform media sosial, Facebook.

Antara yang dikongsi oleh Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya di dalam video yang dimuat naik ini adalah kaedah memeriksa label di dalam peranti-peranti elektronik, kelebihan membeli peranti yang mempunyai label, risiko yang akan ditanggung oleh pengguna sekiranya membeli peranti yang tidak mempunyai label dan perbezaan di antara label digital dan label fizikal. Turut dikongsi adalah gesaan dan galakan untuk memeriksa peranti-peranti sebelum membeli supaya tidak tertipu dengan peranti-peranti yang berkemungkinan palsu atau yang masuk secara haram.

Diharap perkongsian yang telah dikongsikan ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada para penonton supaya lebih berhati-hati semasa ingin membeli peranti-peranti elektronik dan digalakkan agar memeriksa peranti-peranti tersebut supaya mempunyai label yang asli supaya tidak memberi risiko dan masalah kepada pengguna pada masa yang akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali