Advokasi E-Waste

26 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah memuat naik satu video perkongsian advokasi yang berkisar mengenai tajuk “E-Waste” atau E-Sisa. Perkongsian ini telah dimuat naik ke dalam talian melalui Facebook PIK RPR Sibujaya.

Video perkongsian yang berkisar mengenai “E-Waste” atau E-Sisa ini adalah untuk memberi gambaran kepada orang ramai apakah itu E-Sisa dengan kaedah penerangan yang ringkas dan mudah difahami. Program ini adalah salah satu program yang dijalankan di semua PIK seluruh negara.

Antara yang turut dikongsi adalah jenis-jenis E-Sisa, akibat tidak melupuskan E-Sisa dengan baik, peranan pengguna untuk membuang E-Sisa dengan kaedah yang betul dan program-program yang berkaitan dengan E-Sisa.

Diharap perkongsian yang telah dikongsikan ini dapat memberi manfaat kepada para penonton untuk lebih celik mengenai E-Sisa dan akibat yang boleh berlaku sekiranya tidak melupuskan E-Sisa dengan kaedah yang betul. Para penonton turut dinasihatkan agar berkongsi video advokasi ini supaya lebih ramai masyarakat yang akan celik mengenai apakah itu E-Sisa atau “E-Waste”.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali