Tutorial Drop-down List

25 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Julai 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan tutorial secara atas talian. Tutorial membuat drop-down list menggunakan Microsoft Excel ini telah diajar secara ringkas melalui platform Facebook.

Tutorial yang diadakan ini dikendalikan oleh petugas PIK RPR Sibujaya dan bersesuaian dengan penonton yang ingin belajar membuat drop-down list sekaligus dapat memudahkan kerja-kerja untuk mengisi butir-butir di dalam Microsoft Excel. Terdapat dua kaedah mudah yang dapat dilakukan unutk membuat drop-down list tersebut. Di samping itu, antara yang telah di ajar ialah cara untuk membuat validasi data, mengisi dan memilih jenis-jenis pilihan jawapan di dalam drop-down list, cara membuat input message untuk membantu pengisi untuk memahami pilihan yang ada dan cara untuk membuat alert notifocation jika pengisi tersalah cara untuk mengisi data-data yang diperlukan.

Oleh itu, diharap tutorial yang dilakukan secara ringkas ini dapat memberi pemahaman yang baik kepada penonton untuk kegunaan tidak kira di mana sahaja pada masa hadapan kelak dan membantu untuk memudahkan kerja serta dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali