Projek Tanaman dan Subsidi Sayur-Sayuran oleh Jabatan Pertanian

26 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Jun 2021 yang lepas, Puan Hamidah iaitu Penolong Pegawai Pertanian daripada Jabatan Pertanian Sibu, Sarawak telah dijemput khas oleh PIK RPR Sibujaya untuk memberi sedikit sebanyak maklumat tentang projek tanaman sayur-sayuran dan juga subsidi yang boleh diberi kepada usahawan yang memohon dan memenuhi syarat menerusi aplikasi Zoom.

Sepanjang perkongsian tersebut, Puan Hamidah telah menerangkan serba sedikit secara ringkas berkaitan dengan projek tanaman sayur-sayuran yang boleh didapati di Jabatan Pertanian. Di samping itu, Puan Hamidah juga telah menerangkan proses-proses yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan subsidi yang telah diperuntukkan khas untuk para usahawan tanaman sayur-sayuran bagi yang berkelayakkan.

Oleh itu, diharap perkongsian yang telah dikongsikan oleh beliau dapat membantu para usahawan tanaman sayur-sayuran untuk mengembangkan lagi perniagaan sayur-sayuran masing-masing pada musim Covid-19 ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali