Tutorial Menyunting Latar Belakang

28 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) telah membuat satu tutorial tentang cara menyunting latar belakang. Tutorial ini telah diajar melalui platform Facebook Pusat Ekonomi Digital pada 27 November 2021 yang lepas.

Tutorial yang dilakukan ini telah dikendalikan oleh petugas PEDi RPR Sibujaya dan sesuai dengan penonton yang ingin belajar tentang bagaimana cara untuk menyunting latar belakang terutamanya untuk menyunting gambar mahupun logo hanya dengan menggunakan laman sesawang remove.bg. Antara yang diajar ialah, cara menggunakan remove.bg, cara memuatnaik logo pilihan, cara untuk menyunting latar belakang logo dan perbandingan sebelum dan selepas penyuntingan dilakukan.

Oleh itu, diharap perkongsian ringkas tersebut dapat memberi manfaat kepada para penonton untuk kegunaan masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali