Kelas Asas Microsoft Word Membuat Jadual Ringkas

29 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Mac 2021 (Ahad), Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah membuat satu kelas untuk membuat jadual waktu ringkas dengan menggunakan perisian Microsoft Word melalui satu video yang dimuat naik di halaman Facebook Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya.

Kelas ini mengajar para penonton cara-cara untuk membuat jadual waktu yang ringkas dengan kaedah yang mudah dan senang difahami oleh setiap peringkat penonton. Kelas membuat jadual ini dibuat untuk memenuhi permintaan ahli-ahli pusat internet yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah yang kini sudah mula memasuki sekolah untuk meneruskan pelajaran setelah sekian lama bercuti disebabkan penyebaran wabak Covid-19. Kes harian yang masih lagi tinggi di kawasan PIK ini juga merupakan salah satu faktor kelas ini diadakan secara atas talian, iaitu ingin mengelakkan daripada berada di dalam satu kawasan yang sama untuk satu tempoh yang lama, maka pihak pusat internet menghasilkan sebuah video yang boleh ditonton oleh peserta secara atas talian.

Perkongsian Klik Dengan Bijak dan Advokasi turut diselitkan sebagai aktiviti sokongan bagi memberi kesedaran kepada para peserta akan risiko bahaya yang boleh dihadapi semasa sedang melayari internet dan juga kaedah melayari internet secara positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali