Taklimat Laporan PPSR Q2 PIK Sarawak

26 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 25 April 2021 yang lepas, Pengurus Pusat Internet Komuniti (PIK) Telaga Air telah mengadakan satu taklimat secara atas talian. Taklimat yang diadakan menggunakan aplikasi Google Meet ini adalah dengan tujuan untuk memberi penerangan mengenai laporan PPSR yang akan dibuat oleh kesemua PIK bagi suku kedua tahun 2021.

Taklimat ini dihadiri oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti (PIK) negeri Sarawak termasuklah Pengurus dan Penolong Pengurus PIK RPR Sibujaya. Taklimat ini bermula pada pukul 2:00 petang dan berjalan selama 1 jam yang diisi dengan agenda-agenda seperti penerangan serta penjelasan secara lebih mendalam mengenai laporan. Ini juga memberi manfaat yang baik kepada para hasil akhir laporan PIK yang diharap akan bebas kesalahan serta mematuhi format yang ditetapkan.

Taklimat yang berlangsung secara atas talian selama hampir satu jam ini juga diadakan dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan di antara para pekerja PIK yang sekian lama sudah tidak membuat program bersama-sama oleh kerana kekangan SOP bagi mengawal penyebaran wabak COVID-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali