Tutorial Memasukkan Nombor Muka Surat

29 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Satu tutorial mengenai cara-cara untuk memasukkan nombor muka surat di dalam Microsoft Word telah dikongsikan oleh petugas Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya pada 28 Oktober yang lepas. Tutorial ini telah diajar secara ringkas melalui platform Facebook.

Tutorial yang diadakan ini dikendalikan oleh petugas PIK RPR Sibujaya dan sesuai dengan penonton yang ingin belajar tentang bagaimana cara untuk memasukkan nombor muka surat di dalam Microsoft Word dengan cara yang ringkas agar mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Antara yang diajar ialah, cara memasukkan nombor muka surat, pemilihan jenis format nombor yang bersesuaian dengan kehendak, belajar mengenai section break dan cara untuk membuang nombor yang berada pada muka hadapan muka surat.

Walaupun kelas ini diadakan secara ringkas, diharap ianya dapat memberi kefahaman yang baik kepada para penonton khususnya yang menonton di rumah dan mempunyai akses internet yang terhad. Oleh itu, dengan perkongsian ini, diharap para penonton dapat memanfaatkan ilmu yang diajar untuk kegunaan masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali