Kelas Asas Keusahawanan E-Dagang Shopee : Ep 3

27 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah mengadakan kelas asas keusahawanan E-dagang Shopee secara atas talian. Kelas yang diadakan untuk episod ke-3 kali ini merupakan episode terakhir untuk kelas asas Shopee sepanjang siri ini diadakan bermula pada tahun lepas. Kelas Asas Keusahawanan E-Dagang Shopee ini diadakan bertujuan untuk melatih bakal penjual di Shopee dengan lebih mendalam lagi tentang pemahaman mereka tentang penghantaran dan juga pulangan jualan daripada hasil jualan di Shopee.

Antara latihan yang telah diajar sepanjang kelas ini berlangsung ialah cara pembungkusan barang yang telah dipesan oleh pembeli, cara pengurusan untuk pesanan, proses untuk menghantar pesanan ke tempat pengeposan,hasil jualan, tips untuk mengelakkan penjual daripada terkurang caj yang boleh menyebabkan kerugian dan penetapan akaun bank bagi memudahkan penjual untuk melihat sejarah transaksi yang akan dilakukan kelak serta alamat rumah untuk pemulangan barang sekiranya barang tidak sampai kepada pembeli.

Selain daripada kelas asas E-dagang Shopee, turut diselitkan sekali sebagai aktiviti sokongan adalah perkongsian program Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi di akhir kelas. Ini adalah bertujuan untuk memberi info kepada para penonton yang mengikuti kelas asas Shopee ini secara atas talian akan pentingnya program tersebut untuk memberi kesedaran supaya kita hendaklah sentiasa bertindak dengan bijak berlandaskan kempen Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong yang telah dilancarkan oleh MCMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali