Kelas Ringkas Powerpoint Siri 1

26 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan Kelas Asas MS Word secara atas talian pada 25 April 2021 yang lepas. Kelas ini diadakan secara atas talian melalui platform Facebook disebabkan situasi semasa Covid-19 di Sarawak yang semakin meruncing dan beberapa kawasan di Sarawak termasuk Sibu telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan ini telah menyukarkan untuk membuat kelas secara bersemuka.

Kelas yang diadakan ini dikendalikan oleh staff PIK RPR Sibujaya dan sesuai dengan penonton yang ingin belajar tentang cara-cara menulis surat rasmi dengan format yang betul. Kelas ini turut membantu para penonton untuk memperbaiki susunan isi-isi penting di bahagian pengenalan dan isi di dalam surat rasmi tersebut di samping memperbaiki tahap penulisan mereka di dalam proses pembelajaran ini.

Turut diselitkan di akhir kelas ini adalah perkongsian Klik dengan Bijak(KDB) dan advokasi. Ini adalah supaya pengguna internet akan sentiasa peka dan menggunakan internet secara positif dan berhemah selaras dengan kempen yang dilancarkan oleh MCMC, Kebebasan Bersuara bukan Kebebasan Berbohong. Oleh itu, dengan perkongsian ini, diharap para penonton dapat memanfaatkan ilmu yang diajar untuk kegunaan masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali