Kuasai Kewangan Anda: Perancangan Pelaburan

28 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Ogos 2021 yang lepas, para petugas Pusat Internet Komuniti Sarawak telah menyertai webinar anjuran wakil daripada Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) iaitu Encik Izmir Mohammad dan juga Encik Mohd Zakie Alwie. Webinar yang berlangsung melalui aplikasi Zoom ini bertujuan untuk memahami tentang pelaburan dan cara merancang kewangan.

Sepanjang perkongsian tersebut berlangsung, ahli panel telah membantu para peserta untuk merancang kewangan dengan lebih teliti dan berhati-hati, menyenaraikan faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan semasa melakukan pelaburan, memahami ciri-ciri pelaburan beserta risiko dan pulangan dan juga mengajar serba sedikit tentang Financial Calculator untuk memudahkan melakukan pengiraan kewangan kendiri.

Oleh itu, perkongsian yang telah disampaikan daripada pihak ASNB telah dapat serba sikit membuka mata para peserta supaya lebih celik tentang kewangan dan pelaburan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali