Perkongsian Ringkas ICT Kolaborasi PIK

29 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Jun 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah berkolaborasi dengan Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya dan Pusat Internet Komuniti Kampung Lambir untuk berkongsi secara ringkas tentang ICT bagi yang bekerja dari rumah.

Antara info yang telah dikongsikan ialah berkenaan tips untuk bekerja di mana-mana yang melibatkan perisian Microsoft Office dan salah satunya ialah menyelaraskan fail di dalam talian dengan OneDrive. Seterusnya, Microsoft Office juga membolehkan kita berkongsi fail secara langsung dengan rakan sekerja, cara-cara untuk membuat kerja dengan menggunakan peranti mudah alih, kandungan boleh didengar, diterjemah, dan dinyatakan dan word-editor akan menyemak cara penulisan. Turut dikongsikan ialah cara untuk kekal selamat ketika di dalam talian.

Perkongsian yang telah dilakukan secara ringkas ini telah disiarkan di Facebook Page pusat internet memandangkan pada ketika ini, Peritah Kawalah Pergerakan masih berjalan dan arahan untuk bekerja dari rumah telah dikeluarkan bagi menjamin keselamatan para petugas PIK namun begitu, ini tidak menghalang petugas pusat internet untuk berkongsi ilmu dengan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali