Tutorial Ringkas Microsoft Teams

28 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan kelas ringkas Microsoft Teams secara atas talian pada 27 Jun 2021 yang lepas. Kelas ini diadakan melalui platform Facebook disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP) yang membataskan pengajaran secara bersemuka.

Tutorial ini telah dikendalikan oleh staff PIK RPR Sibujaya dan ianya sesuai dipelajari oleh para penonton yang ingin belajar dan memahami dengan lebih mendalam lagi tentang asas Microsoft Teams. Antara yang dapat dipelajari sepanjang kelas ini berlangsung ialah, cara untuk membuat dan menyertai mesyuarat, membuat penjadualan untuk mesyuarat ke tarikh dan masa yang dikehendaki, cara untuk menjemput peserta untuk menyertai mensyuarat dengan menggunakan beberapa kaedah dan cara untuk berkongsi paparan.

Walaupun tutorial ini diadakan secara ringkas, diharap ianya dapat memberi kefahaman yang baik kepada para penonton khususnya yang menonton di rumah dan mempunyai akses internet yang terhad. Oleh itu, dengan perkongsian ini, diharap para penonton dapat memanfaatkan ilmu yang diajar untuk kegunaan pada musim pandemik ini dan juga masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali