Perkongsian Maklumat Palsu

28 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah membuat satu perkongsian tentang kesedaran mengenai maklumat palsu secara dalam talian pada 27 September 2021 yang lepas menerusi platform media sosial, Facebook.

Antara yang telah dikongsikan oleh petugas pusat internet ialah definisi bagi maklumat palsu, jenis-jenis maklumat palsu di mana antaranya ialah gosip, khabar angin, spekulasi dan penipuan, mitos mengenai internet, contoh-contoh maklumat palsu yang telah disebarkan, akibat jika menyebarkan maklumat palsu dan langkah untuk membendungnya. Turut dikongsikan oleh petugas pusat internet ialah cara untuk menyemak kesahihan berita yang disebarkan melalui laman web sebenarnya.my.

Diharap perkongsian yang telah dikongsikan ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada para penonton supaya lebih berhati-hati dalam mempercayai sesuatu berita. Jika ingin menyebarkannya, haruslah disemak kesahihahnya terlebih dahulu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali