Kelas Ringkas Powerpoint Siri 1

3 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengadakan Kelas Ringkas Powerpoint secara atas talian pada 2 Jun 2021 yang lepas. Kelas diadakan secara atas talian melalui platform Facebook sebagai salah satu aktiviti di dalam tempoh PKP.

Kelas yang diadakan selama secara ringkas ini dikendalikan oleh Pengurus PIK RPR Sibujaya iaitu Encik Adib. Kelas ini juga merupakan salah satu siri daripada beberapa siri untuk Kelas Ringkas Powerpoint. Kelas ini dibuat secara ringkas kerana ia memudahkan para penonton untuk memahami dengan mudah dan dapat menerima ajaran yang diberi berbanding dengan kelas yang panjang. Pada siri pertama ini, tajuk yang diajar adalah mengenai pengenalan Powerpoint yang merangkumi pengenalan kepada pembentangan, tabs, dan pengetahuan permulaan untuk Powerpoint.

Selain daripada asas-asas Microsoft Powerpoint, turut diselitkan adalah perkongsian program Klik dengan Bijak (KDB) dan advokasi. Ini adalah untuk memupuk semangat dan penggunaan internet secara positif di kalangan pengguna internet. Perkongsian ini diselitkan di akhir kelas dan menitik beratkan kempen terbaru daripada MCMC iaitu Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali