Tips Menukar PDF ke Microsoft Word

29 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah mengadakan satu tutorial ringkas berkenaan dengan cara untuk menukar fail di dalam format PDF ke Microsoft Word.

Aktiviti ini memudahkan sesiapa sahaja yang ingin menukar fail yang di dalam format PDF ke Microsoft Word tanpa menggunakan internet. Tips yang telah diajar oleh petugas pusat internet ialah dengan hanya menarik (drag) fail PDF ke dalam Microsoft Word dan format fail PDF akan automatik berubah bila dimasukkan ke dalam Microsoft Word dan membolehkan mereka untuk terus mengedit apa-apa informasi dan data yang ingin diubah. Cara ini akan memudahkan sesiapa yang tidak mempunyai kemudahan internet untuk mengedit fail-fail dari PDF tanpa perlu risau dengan kondisi internet masing-masing.

Dengan ini, diharap tips yang telah dikongsikan ini dapat memberi pengetahuan baru kepada para penonton dan dapat diguna pakai pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali