Kelas Ringkas Powerpoint Siri 5

7 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Jun 2021 yang lepas, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah memuatnaik satu video Kelas Ringkas Powerpoint. Ia merupakan siri kelima kelas ringkas yang terdiri daripada beberapa siri video kelas yang akan dimuat naik pada waktu PKP ini di mana siri video yang dimuatnaik ini adalah berkenaan tunjuk ajar ringkas mengenai Microsoft Powerpoint.

Kelas yang diadakan secara ringkas ini dikendalikan oleh Pengurus PIK RPR Sibujaya iaitu Encik Adib. Kelas ini dibuat secara ringkas kerana ia memudahkan para penonton untuk memahami dengan mudah dan dapat menerima ajaran yang diberi berbanding dengan kelas yang panjang. Pada siri kelima ini, peserta dan penonton akan diajar mengena cara untuk membuat menghasilkan dan mengubah bentuk perkataan yang akan dijadikan tajuk utama atau tajuk kecil di dalam pembentangan mereka.

Walaupun kelas ini diadakan secara ringkas dan tidak sampai sepuluh minit, ianya diharap dapat memberi kefahaman yang baik kepada para penonton khususnya yang menonton di rumah dan mempunyai akses internet yang terhad.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali