Kelas ICT & Advokasi MySejahtera

5 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Ketibaan vaksin Covid-19 ke Malaysia telah memberi sinar baru kepada seluruh rakyat Malaysia bagi membantu untuk mengawal penyebaran wabak Covid-19. Vaksin ini akan diberi kepada rakyat Malaysia di dalam tiga fasa di mana fasa pertama adalah untuk para pekerja barisan hadapan seperti doktor, jururawat, cikgu dan anggota-anggota keselamatan.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) telah menyeru kepada rakyat Malaysia untuk mendaftar nama di dalam program vaksinasi ini dengan menggunakan aplikasi MySejahtera. Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah mengambil inisiatif untuk membantu para pengguna aplikasi tersebut untuk mendaftar nama masing-masing melalui satu video tunjuk cara yang telah dimuat naik melalui platform Facebook PIK RPR Sibujaya.

Video tersebut memberi tunjuk ajar kepada para pengguna aplikasi MySejahtera langkah-langkah untuk mendaftar nama bagi program vaksinasi serta langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya ingin mendaftar jika tidak mempunyai telefon pintar. Perkongsian KDB & Advokasi mengenai berita-berita palsu turut dikongsi di dalam video tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali