Tutorial Mengemaskini MySejahtera

9 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah memuatnaik satu video tutorial berkenaan langkah-langkah untuk mengemaskini maklumat di dalam aplikasi MySejahtera.

Video tutorial langkah-langkah untuk mengemaskini maklumat MySejahtera tersebut telah dimuatnaik ke laman Facebook Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya. Tutorial ringkas berkenaan adalah untuk membantu para penonton yang masih tidak tahu bagaimana untuk mengemaskini maklumat terkini mereka di dalam aplikasi MySejahtera kerana tidak semua rakyat mahir menggunakan aplikasi tersebut khususnya golongan warga emas dan golongan yang kurang terdedah kepada pendidikan ICT.

Adalah diharap dengan video yang dimuat naik ini mampu memberi tunjuk ajar yang mudah difahami oleh setiap lapisan golongan masyarakat sekaligus membantu mereka untuk mengemaskini maklumat masing-masing di dalam aplikasi MySejahtera.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali