Quizizz: Pengetahuan Am Vaksinasi

9 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Berikutan dengan pandemik Covid -19, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah mengadakan kuiz secara atas talian bagi memudahkan semua perserta yang mengikuti kuiz tersebut di samping menjaga SOP masing-masing. Kuiz ini dianjurkan melalui kaedah atas talian yang menggunakan aplikasi Quizizz, iaitu satu aplikasi pembelajaran secara elektronik.

Aktiviti ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan am para peserta tentang vaksinasi negara kita. Antara soalan yang ditanya sepanjang kuiz ini berlangsung ialah apakah yang akan berlaku selepas divaksin, cara pemakluman untuk temujanji bagi vaksinasi, cara yang betul untuk membaca isipadu di dalam picagari sebelum disuntik oleh jururawat dan SOP selepas divaksin. Di samping menambah pengetahuan di dalam pengetahuan am, para peserta turut didedahkan dengan norma baharu iaitu melalui pembelajaran secara digital atau E-Learning.

Oleh itu, secara tidak langsung, kuiz berkaitan dengan vaksinasi ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta akan pentingnya mendaftar untuk mengambil vaksin yang telah disediakan oleh kerajaan supaya penularan Covid-19 ini dapat dibendung dan supaya kita dapat menjalani kehidupan harian seperti sedia kala seperti dahulu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali