Kursus Latihan Pengendali Makanan PEDi Sibujaya

17 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Disember 2021 yang lepas. Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah mengadakan satu kursus untuk pengendali makanan dengan kerjasama daripada NZ Bunga Venture Training & Consultant. Kursus ini diadakan bagi secara dalam talian melalui aplikasi Zoom. Kursus ini adalah bertujuan untuk membantu para peniaga makanan sekitar Sibu dan Sibujaya khususnya bagi mendapat pengetahuan cara kendalian makanan yang betul dan selamat. Para peserta yang menyertai kursus ini juga akan diberikan sijil yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Para peniaga makanan yang didapati beroperasi tanpa menghadiri kursus dan sijil ini adalah satu kesalahan dan boleh didenda dengan hukuman yang berat.

Kursus yang bermula pada pukul 9:30 pagi ini dihadiri oleh 6 orang peserta secara dalam talian. Salah seorang daripada peserta menggunakan kemudahan akses internet dan computer yang ada di PEDi RPR Sibujaya untuk menyertai kursus ini. Peserta dibimbing oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan ilmu yang disampaikan adalah secara mudah dan senang difahami oleh para peserta. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat, satu lagi kursus yang sama akan diadakan pada 26 Disember 2021. Ini adalah untuk membolehkan lebih banyak peniaga mendapat sijil pengiktirafan untuk mengendali makanan dan seterusnya membantu mereka beroperasi tanpa sebarang masalah di masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali