Kelas Asas ICT BPR

24 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Seorang surirumah yang juga merupakan ahli Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah datang ke PIK untuk melakukan kemaskini maklumat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Beliau telah melakukan temujanji terlebih dahulu sebelum datang dengan menyatakan hasrat untuk belajar asas ICT serta untuk mengisi dan mengemaskini maklumat di dalam system atas talian BPR.

Sebelum mengisi dan mengemaskini maklumat secara atas talian, beliau terlebih dahulu meminta tunjuk ajar daripada tenaga pengajar PIK RPR Sibujaya cara-cara untuk membuat dan menggunakan emel peribadi. Tenaga pengajar PIK mengambil peluang ini untuk mengadakan kelas asas ICT dan mengajar serta membimbing beliau untuk membuat, menulis dan menghantar emel.

Di samping itu, beliau turut diajar serba sedikit cara-cara menggunakan enjin carian dengan lebih baik. Selain daripada kelas asas ICT, turut diselitkan sekali sebagai aktiviti sokongan adalah perkongsian program Klik Dengan Bijak (KDB) dan Advokasi. Ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada beliau akan pentingnya menjaga keselamatan diri dan keluarga semasa menggunakan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali