Taklimat Laporan PPSR (Sarawak)

24 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2021 yang lepas, Pengurus Pusat Internet Komuniti (PIK) Telaga Air telah mengadakan satu taklimat secara atas talian. Taklimat yang diadakan menggunakan aplikasi Google Meet ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai laporan PPSR yang akan dibuat oleh kesemua PIK. Taklimat ini dihadiri oleh Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet Komuniti (PIK) negeri Sarawak termasuklah Pengurus dan Penolong Pengurus PIK RPR Sibujaya.

Taklimat ini bermula pada pukul 2:30 petang dan diisi dengan agenda-agenda seperti penerangan serta penjelasan secara lebih mendalam mengenai laporan. Ini juga memberi manfaat yang baik kepada para hasil akhir laporan PIK yang diharap akan bebas kesalahan serta mematuhi format yang ditetapkan. Taklimat yang berlansung secara atas talian selama hampir satu jam ini juga diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara para pekerja PIK yang telah sekian lama tidak membuat program bersama-sama disebakan oleh kekangan SOP bagi mengawal penyebaran wabak COVID-19.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali