Kelas Multimedia Powtoon

19 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Seorang penuntut institusi pengajian tinggi tempatan telah menyertai Kelas Multimedia Powtoon yang dianjurkan oleh Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya. Beliau menyertai Kelas Multimedia Powtoon ini dengan tujuan untuk memahirkan diri dengan perisian Powtoon bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah beliau.

Antara tugasan yang perlu disiapkan oleh beliau adalah untuk membuat animasi menggunakan perisian Powtoon dengan menghasilkan jalan cerita berkaitan kehidupan pelajar sepanjang tempoh pembelajaran di atas talian. Selain itu beliau juga perlu menghasilkan video dengan menggunakan animasi tersebut. Tenaga pengajar daripada PIK RPR Sibujaya membimbing beliau dengan mengajar menggunakan Powtoon seperti langkah-langkah untuk membuat animasi pergerakan watak dan perjalanan cerita animasi. Selain itu, aktiviti sokongan seperti KDB dan Advokasi turut dilakukan bagi memberi pendedahan penggunaan internet secara positif kepada beliau.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali