Quizizz Santai KDB

30 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Berikutan dengan pandemik Covid -19, Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya telah mengadakan kuiz secara atas talian bagi memudahkan semua perserta yang mengikuti kuiz tersebut di samping menjaga SOP masing-masing. Kuiz ini dianjurkan melalui kaedah atas talian yang menggunakan aplikasi Quizizz, iaitu satu aplikasi pembelajaran secara elektronik. Aktiviti ini memerlukan para peserta menjawab soalan-soalan yang bertemakan “Klik Dengan Bijak” untuk melihat tahap pengetahuan am para peserta tentang KDB.

Antara soalan yang ditanya sepanjang kuiz ini berlangsung ialah berkaitan dengan inisiatif MCMC dalam mewujudkan persekitaran penggunaan internet yang selamat, cara untuk mengelak daripada menjadi mangsa penipuan dan cara menyemak maklumat palsu. Di samping menambah pengetahuan di dalam pengetahuan am, para peserta turut didedahkan dengan norma baharu iaitu melalui pembelajaran secara digital atau E-Learning. Oleh itu, secara tidak langsung, kuiz berkaitan dengan KDB ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta akan pentingnya penggunaan internet dengan betul dan agar mereka sentiasa berhati-hati di dalam melayari internet supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali