Quizizz Mengenal Asas Komponen Komputer

23 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Komuniti (PIK) RPR Sibujaya telah membuat satu kuiz secara atas talian pada 22 Mei 2021 yang lepas. Kuiz yang bersifat santai itu adalah berkenaan dengan tajuk mengenali asas komponen komputer. Kuiz ini dibuat menggunakan aplikasi atas talian iaitu Quizizz dan menyasarkan peserta yang terdiri daripada orang awam khususnya para pelajar sekolah. Ini adalah untuk memberi pendedahan awal mengenai komponen asas komputer di kalangan para pelajar dan juga untuk menguji pengetahuan asas mereka mengenai komponen-komponen komputer.

Pautan Quizizz soalan-soalan kuiz ini dimuatnaik melalui laman Facebook Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya. Peserta hanya perlu menekan pautan tersebut untuk menyertai kuiz yang diadakan. Melalui program ini walaupun diadakan secara ringkas, namun diharap dapat sedikit sebanyak membantu para peserta mengenali komponen-komponen asas komputer, dimana pada zaman sekarang merupakan pengetahuan yang wajib ada pada semua lapisan masyarakat kerana kita berinteraksi dengan komputer sepanjang masa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali