Kelas Asas MS Word

11 September 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 10 September 2022 yang lepas, telah diadakan Kelas Asas ICT ringkas yang disertai oleh seorang peserta. Petugas PEDi telah membantu peserta tersebut untuk membuat borang dengan menggunakan Microsoft Word.

Kelas yang berlangsung selama lebih dari satu jam ini telah membantu peserta tersebut untuk mengetahui fungsi dan kegunaan yang ada dalam Microsoft Word. Petugas PEDi turut membantu peserta tersebut untuk memperbaiki susunan dan cara penulisan yang betul dalam membuat borang.

Melalui kelas ini, diharap peserta tersebut akan dapat membuat borang dengan tersusun pada masa hadapan tanpa sebarang masalah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali