Perkongsian Advokasi Macau Scam

12 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Perkongsian mengenai Macau Scam telah dijalankan pada 11 Jun yang lepas. Perkongsian advokasi tersebut telah dilakukan secara atas talian melalui Facebook. Tujuan advokasi ini dibuat adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahayanya sindiket Macau Scam ini. Secara ringkas, Macau Scam adalah salah satu cabang jenayah siber yang semakin berleluasa di Malaysia kini.

Para penonton telah diberi informasi mengenai apa itu Macau Scam, modus operasi sindiket tersebut dan juga cara-cara untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa Macau Scam. Perkongsian yang dibuat oleh Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya ini turut memberi nasihat kepada para penonton supaya lebih berhati-hati sekiranya menerima panggilan daripada individu yang tidak dikenali dan lebih menjaga data peribadi.

Diharap perkongsian yang telah dikongsikan ini dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada para penonton supaya lebih berhati-hati dalam mempercayai sesuatu berita.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali