Kelas Asas Shopee

14 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Julai 2022, bertempat di PEDi PPR Seduan Rantau Panjang, beberapa orang usahawan tempatan telah menyertai Kelas Asas Shopee yang telah dijayakan oleh para petugas dan rakan digital PEDi PPR Seduan Rantau Panjang dan PEDi RPR Sibujaya. Usahawan-usahawan tersebut menyertai Kelas e-Dagang Shopee ini supaya dapat mempelajari dari mula tentang segala asas yang perlu dipelajari mengenai shopee. cara-cara membuat akaun shopee, penjualan produk dan juga memahami dan mempelajari segala proses dari memuatnaik produk sehinggalah menghantar pesanan kepada pembeli melalui atas talian.

Antara latihan yang dapat dipelajari oleh mereka sepanjang kelas itu berlangsung ialah belajar cara membuka akaun Shopee, cara menamakan dan memasarkan produk dengan betul dan seterusnya, cara pengeposan kepada pembeli. Sebelum itu, mereka telah diperkenalkan secara ringkas serba sedikit mengenai sejarah penubuhan dan perkembangan Shopee.

Diharap kelas ini akan dapat membantu dan memudahkan usahawan-usahawan baru untuk menambah pendapatan mereka melalui aplikasi e-Dagang ini pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali