Kelas Asas ICT Mengemaskini Maklumat Dalam Talian

15 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Ogos 2022 yang lepas, telah diadakan Kelas Asas ICT ringkas yang disertai oleh seorang peserta. Peserta telah meminta petugas PEDi untuk membantu dan membimbing beliau mengemaskini maklumat beliau di dalam sistem dalam talian.

Kelas yang berjalan selama lebih satu jam ini membantu peserta untuk mengemaskini maklumat beiau di dalam sistem perbankan di mana peserta ini tidak yakin dan pasti cara yang betul untuk mengemaskini maklumat beliau. Petugas PEDi telah membantu beliau dengan mengajar langkah-langkah yang patut dilakukan. Turut diajar adalah cara untuk memuat naik dokumen yang diperlukan semasa proses mengemaskini tersebut. Peserta diajar memuat naik dokumen seperti slip gaji dan kad pengenalan peserta.

Melalui kelas ini, diharap peserta akan dapat mengemaskini maklumat beliau tanpa sebarang masalah pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali