Webinar Skim Pembiayaan Mikro/i-BSN Semarak Niaga

18 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Jun 2022 yang lepas, Jabatan Perbankan Runcit Bank Simpanan Nasional, Bahagian Perniagaan Mikro, iaitu Encik Irham Shah Bin Azhar telah mengadakan satu taklimat yang bertajuk Skim Pembiayaan Mikro/i-BSN Semarak Niaga. Taklimat ini diadakan secara dalam talian dengan menggunakan Microsoft Teams dan dihadiri oleh petugas-petugas PEDi di bahagian Sarawak dan Sabah.

Secara ringkasnya, taklimat ini menerangkan mengenai bajet 2022 oleh BSN dan BSN telah memperuntukan RM800 juta secara keseluruhan bagi membantu para peniaga mikro. Terdapat tujuh (7) skim yang meliputi golongan dan industri bersasar dan terbuka. Encik Irham juga telah menerangkan apakah kelayakan untuk memohon, tempoh minimum operasi, jumlah maksimum pinjaman, kadar keuntungan dan juga tempoh pinjaman. Turut diterangkan ialah dokumen yang diperlukan untuk memohon.

Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab petugas-petugas PEDi bersama dengan Encik Irham dan sebarang keraguan dan pertanyaan telah dijawab oleh Encik Irham pada sesi tersebut dengan jayanya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali