Perkongsian Pengurusan Komunikasi Semasa Bencana

6 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Berikutan dengan peristiwa bencana alam seperti banjir yang berlaku pada masa sekarang di beberapa negeri, PEDi RPR Sibujaya telah mengambil satu inisiatif untuk membuat satu perkongsian ringkas mengenai pengurusan komunikasi semasa bencana.

Perkongsian ini adalah untuk mendedahkan kepada orang ramai mengenai kaedah menguruskan komunikasi atau cara berhubung semasa ditimpa bencana khususnya banjir. Antara yang dikongsi adalah langkah-langkah persediaan menghadapi bencana, cara merancang yang bijak, keutamaan mengelakkan kesesakan talian kecemasan dan kaedah memanfaatkan teknologi sebaik mungkin semasa bencana. Turut dikongsi adalah advokasi mengenai penyebaran berita palsu semasa bencana.

Adalah diharapkan dengan perkongsian ini, orang ramai khususnya yang mendiami kawasan yang kerap dilanda bencana akan lebih cakna dengan pengurusan komunikasi dan perancangan terbaik untuk menghadapi bencana demi keselamatan diri dan keluarga.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali