Kelas Canva – Resume Ringkas

23 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah mengadakan kelas menggunakan Canva iaitu cara untuk membuat resume secara ringkas secara atas talian pada 22 Februari 2022 yang lepas. Kelas ini diadakan secara atas talian melalui platform Facebook disebabkan kesukaran untuk membuat kelas secara bersemuka pada musim Covid-19 ini.

Kelas yang diadakan ini dikendalikan oleh petugas PEDi RPR Sibujaya dan sesuai dengan penonton yang ingin belajar tentang cara untuk membuat resume dengan ringkas. Kelas ini membantu para penonton untuk memilih template yang sesuai untuk digunakan, cara-cara mengisi resume secara terperinci beserta dengan tips-tips yang menarik yang sepatutnya ada ketika mengisi resume untuk menarik perhatian bakal majikan. Cara pemilihan warna dan tulisan mengikut kehendak sendiri juga turut diajar pada kelas kali ini.

Oleh itu, dengan perkongsian ini, diharap para penonton dapat memanfaatkan ilmu yang diajar untuk membuat resume sendiri dengan lebih menarik lagi untuk kegunaan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali