TTT Penggunaan Autocrat (Pengurus)

24 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Julai 2022, para Pengurus Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di bawah kelolaan NERA telah menyertai kursus Train the Trainer (TTT) Penggunaan Autocrat.

Kursus ini telah diadakan secara dalam talian menerusi Google Meet. Kursus yang berjalan selama hampir dua jam ini telah dikendalikan oleh Pengurus PEDi Semenyih, iaitu saudara Anwar. Beliau mengajar para Pengurus lain mengenai kaedah untuk membuat dan memproses e-sijil dengan cara yang pantas dan mudah. Kaedah yang diajar adalah melalui penggunaan Google Drive, Google Forms dan Google Sheet di mana maklumat para peserta yang diperolehi melalui Google Forms, dapat dipindah secara terus ke e-sijil dengan kaedah penggunaan Autocrat.

Kaedah ini amat berkesan dan menjimatkan masa para Pengurus untuk memproses e-sijil khususnya untuk program-program yang mempunyai bilangan peserta yang ramai. Diharapkan ilmu yang dipelajari semasa kursus ini akan membantu para Pengurus untuk menambahbaik mutu penghasilan e-sijil di PEDi masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali