Kelas Asas E-dagang Shopee - Pengenalan

27 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah membuat satu kelas asas keusahawanan yang melibatkan e-dagang dan juga menyentuh sedikit asas multimedia (membuat poster dan banner digital) pada 26 Jun 2022 yang lepas.

Kelas yang diadakan secara atas talian melalui platform Facebook itu mengajar para penonton, langkah-langkah mudah untuk mendaftar sebagai peniaga atas talian di platform e-dagang yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Shopee. Penonton dibimbing cara-cara mendaftar kedai dan juga langkah pertama yang wajib dilakukan sebelum mula berniaga di platform tersebut.

Turut diselitkan secara ringkas juga ialah kelas asas multimedia dengan mnggunakan Canva. Kelas ini adalah untuk mengajar para penonton langkah mudah untuk membuat banner dan juga poster kedai untuk dimuat naik di akaun Shopee para peniaga supaya kelihatan lebih menarik. Canva digunakan kerana ianya mesra pengguna dan amat mudah digunakan walaupun untuk individu yang tidak berapa mahir menggunakan aplikasi multimedia.

Kelas yang dianjurkan ini adalah siri pertama daripada beberapa siri asas keusahawan untuk membantu para usahawan berniaga melalui atas talian dan sekaligus membantu para usahawan untuk memperkembangkan perniagaan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali