Jom Sertai Shopee

21 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada hari Sabtu yang lepas, rakan digital (RD) daripada PEDi Sibujaya telah bekerjasama dengan RD dari PEDi Nanga Sekuau dan PEDi PPR Seduan Rantau Panjang telah menganjurkan kelas shopee yang dihadiri oleh 8 orang usahawan seliaan masing-masing. Kelas shopee yang dianjurkan tersebut bertempat di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya. Turut membantu kelancaran program tersebut ialah para petugas daripada PEDi RPR Sibujaya.

Para usahawan yang menyertai kelas tersebut hadir dengan tujuan untuk memahirkan diri tentang cara-cara penjualan produk dan juga memahami dan mempelajari segala proses dari memuatnaik produk sehinggalah menghantar pesanan kepada pembeli melalui atas talian. Aktiviti ini merupakan aktiviti pertama daripada 3 aktiviti yang disediakan di dalam program pada hari tersebut. Antara latihan yang telah dipelajari oleh mereka ialah belajar cara membuka akaun Shopee, cara menamakan dan memasarkan produk dengan betul dan seterusnya, cara pengeposan kepada pembeli.

Bagi aktiviti yang kedua pula, perkongsian advokasi yang bertajuk Mengesah Informasi telah dikongsikan oleh petugas PEDi RPR Sibujaya. Ini bertujuan supaya para usahawan dapat berhati-hati dalam mempercayai sesuatu berita dan boleh menyemak terlebih dahulu di laman web sebenarnya.my untuk kesahihan sesuatu berita tersebut.

Aktiviti ketiga iaitu aktiviti yang terakhir ialah kelas asas multimedia yang menggunakan Canva. Ini adalah untuk mengajar para usahawan langkah mudah untuk membuat banner dan juga poster kedai untuk dimuatnaik sebagai banner di akaun Shopee masing-masing.

Diharap kelas ini akan dapat membantu usahawan-usahawan baru untuk menambah pendapatan mereka melalui e-Dagang pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali