Tutorial Ringkas MS Word - Muka Depan Kerja Kursus

28 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah membuat satu tutorial ringkas untuk membuat muka depan kerja kursus dengan menggunakan Microsoft Word. Tutorial ringkas tersebut telah diadakan secara atas talian pada 27 Mac 2022 yang lepas. Tutorial yang diadakan secara atas talian ini telah diajar melalui platform Facebook untuk mengurangkan aktiviti secara bersemuka buat masa sekarang.

Tutorial yang diadakan ini dikendalikan oleh petugas PEDi RPR Sibujaya dan sesuai dengan para pelajar yang ingin belajar tentang cara untuk membuat muka depan bagi kerja kursus dengan ringkas. Tutorial ini membantu para pelajar untuk meletakkan logo pada muka depan kerja kursus. Di samping itu, pemilihan font dan size tulisan juga telah diajar pada sesi kali ini. Pengisian table secara ringkas juga turut diselitkan di dalam tutorial kali ini.

Oleh itu, diharap para pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diajar pada sesi kali ini untuk membuat muka depan kerja kursus dengan ringkas dan tepat untuk kegunaan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali