Kelas e-Dagang Shopee 2

26 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya telah mengadakan Kelas e-Dagang Shopee bersama dengan seorang lagi usahawan PEDi RPR Sibujaya pada 25 April yang lepas. Beliau menyertai Kelas e-Dagang Shopee ini dengan tujuan untuk memahirkan diri tentang cara-cara penjualan produk dan juga memahami dan mempelajari segala proses dari memuatnaik produk sehinggalah menghantar pesanan kepada pembeli melalui atas talian.

Antara yang dapat dipelajari oleh beliau sepanjang kelas ini berlangsung ialah cara untuk membuka akaun Shopee, memilih nama yang sesuai untuk produk, belajar cara untuk menimbang berat dan bungkusan produk dengan betul untuk mengelakkan kerugian sebelum dihantar kepada pelanggan dan cara pengeposan produk. Di samping itu, untuk memudahkan beliau melihat dan merekod proses transaksi kewangan yang berlaku di kedai beliau, turut diajar juga ialah cara untuk memasukkan nombor akaun bank di Shopee. Ini adalah supaya beliau dapat melakukan pemindahan wang ke akaun bank daripada akaun shopee dan juga untuk memudahkan beliau untuk melihat sejarah transaksi yang berlaku sepanjang melakukan jualan di Shopee kelak.

Semoga ilmu yang diajar sepanjang kelas ini berlangsung akan dapat membantu usahawan-usahawan baru untuk menambah pendapatan mereka melalui e-Dagang kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali