Kelas Asas E-Dagang Shopee Rakan Digital

29 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Rakan Digital PEDi RPR Sibujaya telah mengadakan satu kelas asas e-dagang pada hari Khamis, 28 Julai 2022. Kelas ini bertujuan untuk membimbing usahawan di bawah seliaan Rakan Digital PEDi Sibujaya untuk mendigitalkan perniagaan usahawan tersebut.

Kelas yang berlangsung selama satu jam ini mengajar usahawan untuk mendaftar di salah satu platform e-dagang terkemuka iaitu Shopee. Shopee dipilih sebagai platform pertama untuk usahawan ini kerana ianya mesra pengguna dan juga memberikan perkhidmatan yang baik kepada para penjual. Usahawan terbabit turut diajar kaedah memuat naik produk, cara mengira kos serta pembungkusan untuk penghantaran yang betul supaya tidak mendatangkan kerugian pada masa hadapan.

Melalui kelas ini, diharap usahawan terbabit dapat menambah baik mutu penjualan produk beliau dan dapat mengembangkan perusahawan beliau ke platform digital yang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali