TTT Fulkrum Interactive Media PEDi User Training 2022

30 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Julai 2022, pihak Fulkrum Interactive Media telah mengadakan satu sesi latihan bersama para pengurus dan penolong pengurus PEDi di bawah seliaan NERA.

Latihan ini telah diadakan secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet. Latihan yang berjalan selama lapan jam ini telah dikendalikan oleh wakil daripada pihak Fulkrum iaitu saudara Khairul. Beliau memberi tunjuk ajar mengenai cara dan langkah penggunaan sistem terbaru yang akan diterapkan ke dalam operasi harian PEDi di masa akan datang. Sistem ini akan menggantikan sistem yang sedia ada sebagai langkah untuk menambah baik mutu operasi harian PEDi.

Walaupun memakan masa yang agak lama iaitu selama lapan jam tetapi ianya tidak mematahkan semangat para pengurus dan penolong pengurus yang terlibat untuk kekal fokus mempelajari cara penggunaan sistem ini, Diharap sistem terbaru ini akan membantu memudahkan kerja dan operasi harian di setiap PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali