Program Jualan Riang Raya

29 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Mei yang lepas, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Sibujaya dengan kerjasama Hotlink Maxis telah bekerjasama untuk menjayakan Program Jualan Riang Raya bersama komuniti setempat.

Program ini berbentuk program jualan khas bersempena sambutan raya dan gawai di mana penjualan kad sim bernilai RM25 dijual dengan harga RM5 sahaja. Ini bertujuan untuk membantu para pelajar keluarga golongan B40 untuk mendapat akses internet melalui kad sim tersebut sebagai kegunaan pembelajaran dan kemudahan berhubung dan berkomunikasi.

50 pembeli pertama turut diberi hadiah misteri daripada pihak Maxis dan ada di antara mereka yang mendapat kad sim secara percuma. Sambutan yang baik dari kalangan penduduk setempat khususnya para pelajar akan memberi peluang untuk program ini dijalankan lagi pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali